Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, May 25, 2013

Aku tak pandai memasak.

Bismillahirahmanirahim.

Yes! Aku mengaku aku memang tak pandai memasak, ekceli itu DULU. Dan sekarang aku tak pandai jugak bab memasak tapi TAK SEPERTI DULU. =)

Malu kan jadi anak dara tapi tak reti memasak. Ekceli memasak ni bukan la benda yg org nak meremeh temehkan. Tapi kalau dah pandai memasak and dah kawen bahagia la sang suami yg miliki wanita idaman. Lagi pandai memasak lagi suami SAYANG. TAPI! Ikutkan memasak bukan kerja seroang isteri, ekceli kerja SUAMI. Kerja isteri juz layan suami sahaja. Tapi disebabkan isteri ni terlalu prihatin so dia pun tolong la suami memasak, kemas rumah, jaga anak && apa bagailah =). Beruntungkan? Tapi ada jugak suami yg tak pandai menghargai kerja isteri. Ok fullstop. Ni bukan lagi cerita aku =)

Memasak. Aku dulu memang paling tak suka kerja bab masak memasak ni. Memang tak, la kan. Aku lagi suka la kerja2 Abah aku yg duk bancuh simen ke angkat bata  ke. Tak ke gagah perkasa je rasa. HAHA! Nevermind, itu DULU.

SEKARANG, lebih kurang macam dulu, tapi TAK SEPERTI DULU lagi. Aku sekarang lebih suka memasak. Mungkin sebab dah meningkat dewasa dan boleh kawen dah pun kan. *GALAKK sgt*. Nak kata suka sgt tuk tak jugak la, ekceli lebih kpd malas la jugak. Yelah! Sape je yg rajin. Kalau di layan malas tu, jawapannya tak berasap la dapur *asyik2 ayat ni je*.

Apa yg aku buat adalah, aku belajar cara mak aku sendiri yang masak dan aku tukang perhati. HEHE! Dulu setakat goreng teloq tu lepaih aeh. Standard la kan. Cikai2 ja pun boleh siap terhidang. HAHA! Lama kelamaan aku belajar cara masak benda lain pulak. Benda pertama aku belajar masak adalah.



 (telur goreng masak kicap)
(credit to Pak Google)

Hehe. Benda simple je dulu kita belajar, nanti boleh masuk bab rumit =)

Then aku usha mak aku masak Gulai Taucu, maybe ada yg tak tahu dan ada yg tahu. So ni lah gulai taucu


(credit to Pak Google)

Seterus2nya aku belajar masak kari, masak gulai tempoyak. Perghh kalau dah Perak tu Perak jugak, takleyh lepas langsung dari gulai tempoyak. erm masak apa lagi erh. Aku sendiri pun dah lupa. Lepastu aku ni pulak suka la mengadap laptop, apa lagi, kemudahan dah diberikan guna jelah. Search je dekat google apa yg kita nak. Kompem keluar terpampang, terjojol kat skrin. Dari Internet la aku banyak belajar memasak. Sampai satu tahap aku kenal dgn soulmate, lagi semangat aku belajar memasak, tak ke galak je Nampak gaya tuh. HAHA! Ok stop!

Pernah la aku masak kat rumah soulmate. Kiranya aku duk rumah soulmate. Oh sekejap, takut nanti orang wat bahan cerita lak. Aku tidur rumah family soulmate bukan rumah sewa dia. Banyak kali jugak la. Awal2 aku duk rumah tu aku sampai tak tau nak masak apa. Erghh jemm! Malu aku macam ni. Nak kata malu memang malu la beb, aku langsung taktau apa yg ada kat isi dapur rumah tu. Tok (org Kedah panggil tok=NENEK) soulmate dah suruh masak. Ahh sudah, macam dalam cerita2 pulak kan. HAHA! Benda yg aku Nampak. Telur, bawang2 bagai. Ermm dlm kepala otak dah Nampak hat tu ja ,masak jela telur masak kicap tu. Tapi Tok tak makan telur pun, ayam pun tak makan. Kira banyak jugak la Tok tak makan, dia duk makan ulam2an dia ja. So aku masak tuk adik2 dgn soulmate ja makan. Malu beb, dua kali aku dtg rumah tu benda sama ja aku masak. Yelah aku tak tau mana nak geledah barang2 dapur tu. Kang dikatanya apa pulak. Kekeke!

Sampai la satu hari aku mintak mak aku ajarkan aku masak tomyam, apa lagi aku pun tulis la bahan2 yg nak kena suruh abah aku beli. HEHE! Abah direct kena buli ja =) sayang abah.
Suruh ajar rupanya bermakna. Aku masak tomyam tu khas tuk family soulmate yg tak dapat dtg masa hari perkahwinan kakak sulung aku. Selain tu derang pun ada sebab turun Perak, coz adik soulmate, Angah ada interbiu kat UTP, Tronoh. So hari tu terhidang la Tomyam ayam, ikan patin masak tempoyak, udang masak sambal, sayur kangkung tumis belacan, ulam(timun) dgn sambal cicah. (pergh aku sendiri tulis aku sendiri terliur). Apa yg aku perasan adik soulmate, Alang, katanya sedap. Alhamdulillah senang hati aku waktu tu. Yelah aku bukannya pandai masak. Tapi kakak aku penah cakap. Masak ni main campak2 je bahan dia, nanti jadi jugak =D

Lepastu bila aku dah rajin balik rumah family soulmate, aku pun beranikan diri untuk geledah dapur, sedikit sebanyak aku tahu mana dah barang2 yg perlu aku guna waktu aku nak memasak. =) tapi aku tetap tak hebat macam org lain. Adakalanya fail jugak sebab terlalu masin la apa la. Maklum la garam rumah org tak sama garam rumah aku. Memang aku tak pandai bab tu. HEHE!

Dan ada sekali tu aku balik rumah sesame dgn soulmate, tapi mama abah takde kat rumah. Mama pergi rumah tok Piah (mak mama) abah pergi kerja. So yg tinggal hanyalah kami bertiga sekali dgn Tok, sampai2 rumah, soulmate suruh masak ayam goreng berempah. Perghh aku tak pandai mana. Tapi aku pernah tgk mak aku buat. So aku buat la. Soulmate tak kata apa pun, yang dia cakap. “awak dah boleh kawen la sebab dah pandai masak”. Suweettt sgt ayat tu. HAHA!

Bukan soulmate je penah ckp cenggitu. Kakak aku sendiri pun penah cakap lepas dia dah sah jadi isteri org. waktu tu hari yg paling suwettt pom pom pom. Hehe! Laki kakak aku pergi kerja awal pagi. Kesiann jauh sgt dr rumah aku ke teluk intan juz naik motor. Makan masa jugak lah. Hmm demi sesuap nasi. =). Pagi tu kakak aku bangun lambat yela sbb dah awal sgt bgun teman abg dia tu kan, dia pun sambung la tido lepas solat. Tghari jugak la bgunnya. Aku yg tgh masak ni tetiba dia tuju kat aku smbil peluk2 pinggang aku. Amboi tau r seri pengantin tak abeh lagi. Haishh. Waktu tu dia ada ckp. Aku yg sepatutnya kawen dulu dari dia. Tapi aku bukan la hebat mana pun kakyong oi. Ko pun sama ja pandai jugak memasak. Sedap apa. Bezanya aku tak reti masak apa yg ko reti, ko taktau masak apa yg aku tau. Gitu jelah. =)

So disini aku nak cakapkan, aku ni bukanlah pro memasak dan bukanlah langsung tak tau memasak walaupun ade yg peril aku cenggini



Nevermind, aku tak perlu ambik pusing. Janji aku dgn hidup aku. dan sekurang2nya aku belajar jugak memasak dari langsung tatau memasak. terima kasih . Assalamualaikum =)


Print this post

No comments:

Post a Comment

pengikut